Thursday, 15 March 2012

Panduan beli-belah di luar negara

BERCUTI ke luar negara cukup diidamkan. Selain dapat merasa keunikan cuacanya dengan empat musim setahun dan mengunjungi tempat-tempat menarik, membeli-belah adalah aktiviti wajibi.
Nilai mata wang negara luar yang dikunjungi biasanya sangat tinggi dengan Malaysia. Bagaimanapun, itu bukan penghalang melakukan aktiviti membeli-belah. 
Jika mahu membeli-belah dengan selesa, pastikan anda mempunyai ilmu dan pengalaman.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan membeli belah di luar negara.




1) Buat kajian

Bagi yang mensasarkan membeli-belah ketika melancong, buat semakan
di internet mengenai lokasi yang mengadakan jualan murah atau bazar malam.

Selain mempunyai banyak pilihan, anda juga boleh membeli-belah sepuasnya dengan bajet yang masih terkawal.


2) Kenali produk anda

Pastikan anda mengetahui apa yang anda hendak dari segi model, ciri-ciri, harga dan aksesori.

Dengan mengenal pasti barangan yang mahu dibeli, anda tidak akan tertipu dengan barangan tiruan atau mendapat harga lebih mahal.


3) Bandingkan harga

Bandingkan harga sebelum anda membeli. Harga-harga biasanya dipamerkan
dengan jelas, terutama di pusat membeli-belah, pasar raya dan rangkaian kedai.

Bagaimanapun, sesetengah kecil tidak mempamerkan harga. Oleh itu, anda boleh tawar menawar.


4) Anggarkan perbelanjaan

Barangan berjenama dengan harga lebih murah berbanding di dalam negara adalah sasaran utama saat membeli-belah di luar negara.

Bagi mengelak wang saku anda habis di satu tempat, buat anggaran perbelanjaan kerana banyak tempat untuk membeli belah.

Utamakan apa yang ada di dalam senarai barangan yang anda idamkan.


5) Tawar menawar

Ketika membeli-belah di pasar atau bazar dan bukannya di kompleks membeli belah, jangan takut untuk meminta harga yang lebih rendah daripada penjual.

Dengan sesi tawar menawar itu, anda mungkin boleh memperoleh sesuatu barang itu dengan harga yang murah dari harga asalnya. Ia sememangnya sangat menguntungkan terutama jika anda membeli dengan kuantiti banyak.

Bagaimanapun, janganlah pula anda menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak masuk akal sehingga boleh membuatkan peniaga naik angin.


6) Gunakan wang tunai.

Elak pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

Menggunakan wang tunai adalah langkah terbaik yang perlu anda lakukan ketika membeli-belah di luar negara bagi memastikan perbelanjaan dapat dihadkan.


7) Memeriksa produk anda

Selepas membuat pembayaran dan meninggalkan kedai, semak resit anda dan barangan yang dibeli.

Pastikan ia sama dengan apa yang tertera di dalam resit. Jika tidak ada resit, pastikan anda memeriksa barangan itu sama ada barangan yang ada di dalam beg plastik itu sama dengan apa yang anda inginkan dan bayar.




Sumber: HMetro

No comments:

Post a Comment