Monday, 19 March 2012

Meals Terms

BOOKING / RESERVATION = Make reservation at the restaurant and based on guests special requests
CHINESE VEGETARIAN = No garlic, onion, spring onions, chives, meats. Use ginger and mushroom sauce
7 DISHES 1 SOUP SET MEAL = 7 dishes, white rice, fruits, tea
8 COURSES CHINESE DINNER = 8 dishes set meal served course by course
YAM CHA = Chinese tea
DIM SUN = Chinese food usually serve between breakfast and lunch
BAK KU TEH = Meat cooked with herbs and tea (pork)
CHINESE TEA / OO LONG TEA = Serve during meals for easy digestion
ABF = American breakfast
LBF = Local breakfast
CONTINENTAL BREAKFAST = Room service
LIGHT MEAL = Snacks, sandwiches

Tour Itinenary Terms

KL HD SS =  Kuala Lumpur Half Day Sight Seeing
KL FD SS =  Kuala Lumpur Full Day Sight Seeing
MKZ O/N = Malacca Overnight
DAY TOUR/ DAY TRIP = No Overnight
EMPTY/RUN = Go with passangers on the coach and back with no passengers
TRANSFER IN = Meet the guest for the first time at the airport
TRANSFER OUT =  Send the guest back to the airport
DNR TRANSFER = Dinner transfer
DNR SHOW TRANSFER = Dinner and Culture Show
PACKAGE TOUR = Normal Tour Itinerary
INCENTIVE TOUR = Company trip and Business
TV = Technical visit
GROUP = must be more than 9 persons
FIT = Free Independent Traveler / Free Individual Traveler / Free Itinerary Tour
SIC TOUR/ PICK UP TOUR = Seat in Coach / Pulp Tour
OPTIONAL TOUR = No itinerary and depends on guests request
PRIVATE TOUR/ PRIVATE CHARTER = Package tour but do not join with other groups and expensive (eg.OKU, old citizen, family)
FD VAN AND GUIDE CHARTER = Full Day private guide and van on tour
20 +1 = 20 passengers and 1 Tour Leader
20 +1 INF + 1 T/L = 20 passengers, 1 infants and 1 Tour Leader

Thursday, 15 March 2012

Maldives: Cuaca, Waktu melancong

Cuaca
Maldives mempunyai iklim tropika yang dibezakan oleh dua musim, atau monsun: monsun timur laut kering dari Disember hingga Mac, dan monsun barat daya basah dari Mei hingga November, dengan angin kuat dan hujan yang lebih. April adalah tempoh peralihan yang terkenal dengan air dan haba yang jelas. Suhu masih sangat konsisten di sekitar 30 ° C.


Bila pergi
Maldives mengkhusus pada musim sejuk matahari untuk Eropah, waktu lawatan puncak adalah pada Disember hingga April, apabila pulau-pulau menikmati tengkujuh kering dengan sedikit hujan dan kelembapan yang lebih rendah manakala Eropah lebih panas. Februari hingga April adalah tempoh paling panas dan resort hampir semua beroperasi pada kapasiti dalam tempoh ini. 


Pertengahan Disember hingga awal Januari harganya pada lebih premium kerana Krismas dan Tahun Baru pada harga yang lebih tinggi. Easter dan minggu percutian Itali pada bulan Ogos juga menarik harga puncak di kebanyakan resort, terutama yang berorientasikan Itali.


Dari Mei hingga November adalah tempoh apabila ribut dan hujan adalah lebih berkemungkinan. Ia masih hangat, tetapi langit agak berawan dan kelembapan yang lebih tinggi. Ini adalah musim yang rendah, dengan orang yang kurang dan harga yang lebih rendah, kecuali Ogos.


Menyelam yang baik sepanjang tahun, walaupun peraturan asas adalah bahawa kehidupan di terumbu yang lebih pelbagai dan keterlihatan lebih baik di sebelah barat daripada atol apa-apa dari Mei hingga November dan dari sebelah timur atol mana-mana Disember hingga April. Ini bermakna anda akan lebih bijak untuk memilih resort anda dengan sewajarnya.


Musim meluncur berlangsung dari bulan Mac hingga Oktober, ianya menyeronokkan kerana ini adalah harga resort amat murah.


Tidak ada masa yang buruk untuk melawat Maldives, walaupun jika anda berminat untuk menghabiskan masa di Male 'atau mana-mana pulau-pulau lain yang didiami, Ramadhan adalah masa untuk dielakkan keranarestoran ditutup dan biasanya tiada orang di kaunter.

Jom ke Maldives


Fakta Ringkas mengenai Maldives 
Bilangan orang dalaman disesarkan sejak tsunami : 11, 000
Peratusan penduduk yang tinggal di Male : 27%
Bilangan pulau : 26
Bilangan serangan jerung sejak tahun 1976 : tiada
Peratusan daripada KDNK dibelanjakan untuk pertahanan : 5.5%
Kawasan : 90, 000 km persegi (melebihi 300 km persegi air)
Inflasi : 6.8%
Penduduk : 360.000
Peratusan negara (air) : 99.9%
KDNK per kapita : US $ 2509

10 Ikon Pelancongan Perak

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


PERAK adalah salah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah. Tahun ini adalah Tahun Melawat Perak dan pasti pelbagai destinasi menarik yang diketengahkan. Justeru, minggu ini Santai menyenaraikan 10 Ikon Pelancongan Perak yang merangkumi tarikan pelancongan utama yang terdapat di negeri itu.



1. Taman Negeri Royal Belum 


Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.
Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.


Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.


Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.


Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.




2. Hutan Paya Bakau Matang 


Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar.


Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.


Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.


Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.


Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.


Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.




3. Gua Tempurung


Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.


Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.


Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.


Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.


Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.


Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.




4. Taman Herba Negeri Perak 


Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.


Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.


Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.


Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.




5. Sungai Klah Hot Springs 


Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.


Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.




6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort


Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.


Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.


Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.




7. Zoo Taiping & Night Safari


Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.


Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.


Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.


Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.


Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.




8. Ipoh - The Limestone Wonder


Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.


Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.


Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.


Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.


Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.


Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.




9. Lumut & Pulau Pangkor


Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.


Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.


Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.


‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota.


Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.




10. Kuala Kangsar Bandar Diraja


Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.


Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama ‘Kuala Kurang Sa’.


Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan.


Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.


Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.


Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.


Untuk makan, laksana di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.




Sumber: HMetro

Panduan beli-belah di luar negara

BERCUTI ke luar negara cukup diidamkan. Selain dapat merasa keunikan cuacanya dengan empat musim setahun dan mengunjungi tempat-tempat menarik, membeli-belah adalah aktiviti wajibi.
Nilai mata wang negara luar yang dikunjungi biasanya sangat tinggi dengan Malaysia. Bagaimanapun, itu bukan penghalang melakukan aktiviti membeli-belah. 
Jika mahu membeli-belah dengan selesa, pastikan anda mempunyai ilmu dan pengalaman.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan membeli belah di luar negara.




1) Buat kajian

Bagi yang mensasarkan membeli-belah ketika melancong, buat semakan
di internet mengenai lokasi yang mengadakan jualan murah atau bazar malam.

Selain mempunyai banyak pilihan, anda juga boleh membeli-belah sepuasnya dengan bajet yang masih terkawal.


2) Kenali produk anda

Pastikan anda mengetahui apa yang anda hendak dari segi model, ciri-ciri, harga dan aksesori.

Dengan mengenal pasti barangan yang mahu dibeli, anda tidak akan tertipu dengan barangan tiruan atau mendapat harga lebih mahal.


3) Bandingkan harga

Bandingkan harga sebelum anda membeli. Harga-harga biasanya dipamerkan
dengan jelas, terutama di pusat membeli-belah, pasar raya dan rangkaian kedai.

Bagaimanapun, sesetengah kecil tidak mempamerkan harga. Oleh itu, anda boleh tawar menawar.


4) Anggarkan perbelanjaan

Barangan berjenama dengan harga lebih murah berbanding di dalam negara adalah sasaran utama saat membeli-belah di luar negara.

Bagi mengelak wang saku anda habis di satu tempat, buat anggaran perbelanjaan kerana banyak tempat untuk membeli belah.

Utamakan apa yang ada di dalam senarai barangan yang anda idamkan.


5) Tawar menawar

Ketika membeli-belah di pasar atau bazar dan bukannya di kompleks membeli belah, jangan takut untuk meminta harga yang lebih rendah daripada penjual.

Dengan sesi tawar menawar itu, anda mungkin boleh memperoleh sesuatu barang itu dengan harga yang murah dari harga asalnya. Ia sememangnya sangat menguntungkan terutama jika anda membeli dengan kuantiti banyak.

Bagaimanapun, janganlah pula anda menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak masuk akal sehingga boleh membuatkan peniaga naik angin.


6) Gunakan wang tunai.

Elak pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

Menggunakan wang tunai adalah langkah terbaik yang perlu anda lakukan ketika membeli-belah di luar negara bagi memastikan perbelanjaan dapat dihadkan.


7) Memeriksa produk anda

Selepas membuat pembayaran dan meninggalkan kedai, semak resit anda dan barangan yang dibeli.

Pastikan ia sama dengan apa yang tertera di dalam resit. Jika tidak ada resit, pastikan anda memeriksa barangan itu sama ada barangan yang ada di dalam beg plastik itu sama dengan apa yang anda inginkan dan bayar.




Sumber: HMetro

Lonely Planet; buku panduan melancong

Oleh Nurul Nafisah Mazlan
am@hmetro.com.my


JIKA berminat melancong, pastikan anda mempunyai ilmu mengenai tempat-tempat yang dikunjungi.
Buku, risalah pelancongan dan televisyen antara sumber yang boleh digunakan untuk menimba ilmu mengenai sesuatu destinasi. 
Lonely Planet antara sumber rujukan yang boleh digunakan untuk mendapat ilmu dan pengetahuan baru.


Lonely Planet adalah penerbit buku panduan pelancongan dan media digital terbesar di dunia, diasaskan pasangan suami isteri Tony Wheeler dan Maureen Wheeler pada 1972.


Mereka bertemu buat pertama kali di Regent’s Park, London dan setahun selepas itu berkahwin. Apabila memilih untuk berbulan madu, mereka sepakat mahu mencuba sesuatu yang berlainan.


Bermula di Eropah dan Asia seterusnya ke Australia dengan hanya berbekalkan wang ala kadar selain meminta belas kasihan orang ramai.


Akhirnya mereka mencapai misi walaupun terpaksa berdepan pelbagai halangan.


Ia satu pengalaman yang amat menakjubkan, malah ramai tidak percaya mereka mampu melakukan penjelajahan itu.


Akhirnya mereka bersetuju menulis buku mengenai pengalaman itu melalui buku pertama, “Across Asia on the Cheap” terbitan Lonely Planet dan dalam masa seminggu, 1,500 naskhah terjual.


Kewujudan Lonely Planet membuka mata ramai masyarakat yang mahu melancong, tetapi mempunyai wang yang terhad terutama pelancong backpacker.


Sehingga kini, mereka menerbitkan lebih 650 judul di 118 negara dengan jualan tahunan melebihi RM6 juta.


Lonely Planet melangkah ke hadapan dengan menerbitkan rancangan televisyen, Lonely Planet Six Degrees yang diacarakan Asha Gill, Lonely Planet: Road Less Travelled, The Sprt Traveller, Going Bush, Vintage New Zealand dan Bluelist Australia.


Malah, ia juga mempunyai laman web yang boleh diakses menerusi komputer atau aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Iphone dan Ipad selain majalahnya.


Selepas 30 tahun, mereka memberi kebenaran kepada BBC Worldwide untuk menguruskan Lonely Planet pada 2007.


Terdapat 500 panduan melancong meliputi 195 destinasi antaranya Malaysia, Thailand, Vietnam, Itali, Afganistan, Alaska, Antarctica, Brazil, Kanada, Qatar, Jordan, Turki, Maldives dan pelbagai lagi boleh didapati di Lonely Planet.


Layari laman web, lonelyplanet.com untuk maklumat lanjut.

Sumber: HMetro